Isnin, 27 Julai 2015

Rumah Besar Itu

Rumah besar itu
Kembali ceria
Dengan penuh hilai tawa
Anakanda anakanda

Rumah besar itu
Penuh lagi
Sampai kena beratur
Nak mandi

Rumah besar itu
Happening sekali
Setahun sekali
Beraidilfitri

Rumah besar itu
Kembali sunyi
Bila anak pulang
Ke kota mencari rezeki

Pulau Indah,
27 Julai 2015

Rabu, 1 Julai 2015

Desperado

Kalau pegawai bank sanggup datang opis,
semata2 nak autograf kau.
Siapa yang desperate?
Kau atau bank?

Kah kah kah !

p/s: hutang batu belum selesai,
tambah pula hutang besi,
sampai mati lah kau berhutang.

Selasa, 31 Mac 2015

Kisah Jiran

Jiran depan
telefon
jiran sebelah
bagitahu
tuan rumah
woi penyewa
kau nak keluar !
tuan rumah kata
saya yang minta
diorang keluar.
tak tahu, tanya
jangan main
hentam saja.

kah kah kah !

moral : kenali jiran anda.

Sabtu, 14 Mac 2015

Tazkirah Rumahtangga

Setiap insan mahukan yang terbaik dari pasangan mereka.

Aku faham semua tue.

Siapa tak nak pasangan yang alim, hensem, kaya dan yang sama waktu dengannya.

Tapi kadang-kadang, kita lupa untuk melihat cermin dan muhasabah diri kita.

Aku tak kisah kau nasihat, tapi cara nasihat yang bagaimana?

Perbaiki diri anda sebelum membaik pulih orang lain.

:)

https://www.youtube.com/watch?v=hbJuEFs7-kU

Jumaat, 27 Februari 2015

Pukau

Pernah tak kau perhati anak2 ketika menonton t.v?
Cuba kau perhati sekali sekala.
Macam kena pukau pun ada.
Bahaya betul televisyen nie. :)

Isnin, 9 Februari 2015

Segulung Ijazah

Kertas itu mungkin berharga buat kau,
Tapi bagi aku ia hanyalah sekeping kertas.

Kau boleh berbangga dengan kejayaan kau,
Tapi ia bukan tiket untuk kau menghina aku.

Kau dan kertas kau,
Boleh pergi mati.

:)

Moral : Sila perbaiki ranking.

Khamis, 5 Februari 2015

Magis

Aku bagitahu mak, yang aku main Magic 3 bulan sekali.

Mak aku up satu kali suruh main Magic sebulan sekali.

"Kata ibu dengar sahaja."

Ko tunggu Sparta, Aku datang.

Kah kah kah !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails