Selasa, 27 September 2011

Dedek (Bukan Nama Sebenar)

Gua masih ingat, time tue Dedek lost.
Pelajaran entah ke mana, apa entah ke mana.
Kerja melepak, main game dan entah apa lagi yang dibuatnya.
Wallahu'Alam.
Ini tak boleh jadi, bisik gua dalam hati.
Brader brader seperti gua dan Apit kena sound ini budak.
Memer tak per. Beliau dah berjaya. #LOL
Gua ngan Apit tanya, "Dah besar, kau nak jadi apa?"
Dedek gugup, beliau nak jawab peguam terjawab pegawai.
Gua ngan Apit tak boleh tahan.
KAH KAH KAH !
"Pegawai? Pegawai Kelas A ker?"
KAH KAH KAH !
"Nanti anak aku nak masuk universiti, boleh mintak sign kau!"
KAH KAH KAH !
Berdekah-dekah kitorang gelak. Dedek senyum sumbing.
Dah habis berair mata gelakkan Dedek, soal jawab diteruskan.
"Kau nak jadi peguam, English kena power, Sejarah kena power, BM pun kena power"
Dedek angguk angguk tanda faham nasihat kitorang.
Tengah syok syok 'basuh' Dedek, telefon berbunyi.
TRUT TRUT TRUT ! (time nie zaman telefon baling anjing memang popular)
Dedek angkat telefon, terus beredar meninggalkan kami terpinga-pinga.
Gua ngan Apit berpandangan, tak terluah kata apa-apa.
Dedek, Dedek kau memang selamba...

(tamat flashback)

Hari ini hari konvo. Dedek dah berjaya.
Gua sebagai brader tumpang gembira dengan kejayaan lu.
Jangan lupa jasa ibu bapa. Tue jer gua mintak. =)


Rabu, 7 September 2011

Penunggu Rumah Usang



Penunggu Rumah Usang

Kau
Menjadi bualan
Gosip semasa
Penduduk desa

Kau
Muncul
Di kala Syawal
Menjelma

Kau
Watak misteri
Seribu satu
Ceritera

Senyum mu
Tawa mu
Hanya Ilahi
Yang Tahu

Kg. Repek,
Malam Merdeka 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails