Selasa, 27 Oktober 2015

Kita Lupa

Kita lupa
sebab apa
kena tendang
dari syurga

Kita lupa
ingat Dia
cari Dia
taubat segala dosa

Kita lupa
janji kita
kali pertama
apa dia?

Kita lupa
tugas kita
amanah Dia
dan yang sewaktu
dengannya.

14 Muharram 1437
Pulau Indah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails